Halaman

Powered By Blogger

Isnin, 14 Januari 2013

sepinya sebuah blog

Hampir 3 tahun..blog ni sepi,tiada seri dan karangan untuk dikongsi. Hari ini,bagai terpanggil untuk kembali mengarang di blog sepi ini,moga blog akan lebih berseri dan lebih byk yg dpt aisha kongsikan.

Pagi tadi,waktu bersarapan bersama suami tercinta,di warung berhampiran balai polis Masai..sedikit teruja apabila bos warung tu bg info bahawa wanita yg mkn bersebelahan meja aisha adalah penulis novel ombak rindu..sygnya abg tu beritahu setelah penulis tersebut menaiki mpv dan berlalu dari situ..mmg tk berapa nak sangka sgt yg penulis novel yg meletup tu tggl di Johor,apatah lagi di kawasan berhampiran dgn kami..


Khamis, 29 April 2010

cubala direnung2kan...

Cubala..
jgn jadi diri sendiri..kalau kita tau,ia tak membawa kebaikan pada sesiapa walaupun pada diri kita ..jangan mengejar bahagia seketika kalau kita tau ia akan menyakitkan hati dan perasaan orang lain..cubala utk tidak mementingkan diri ..kerana kelak bila jasad dan nyawa terpisah kita memerlukan orang lain untuk menyempurnakan jenazah..hargai kasih sayang yg ada dilandasan yg diredhai..jgn di semai kasih yg jauh dari redha ILAHI...salam buat semua yang jengah..
ingatlah..:
Ingatkan diri selalu..mati dtg tk dipinta..ingatkan diri selalu..harta yg ada hanya bekal didunia..bekal akhirat dimana...? ingatkan diri selalu..jgn asyik mengejar suka akhirnya kita leka....
dengarlah:
dengarla jeritan hati insan tersayang..walau zahirnya tak kedengaran,tapi disebalik senyum tawa harungi hidup mungkin ada kesedihan dan kenangan yg tak mampu dia lupakan..
berila:
  kasih dan sayang pada orang yg layak disayangi..agar hidup disulami redha ILAHI..
 
Nukilan dari..Aisha..

Rabu, 28 April 2010

Murahnya Rezeki Mereka

salam
sebenarnya saya baru lepas nasi kerabu. Sedap. Alhamdulilah, kenyang. sebenarnya nak bercerita mengenai yang berlaku di pasar malam tadi. saya berjalan - jalan mencuci mata, tiba - tiba ada seorang kakak memanggil saya

" Ida! Ida!" saya menoleh. Saya tersenyum memandang. Kak Ati, peniaga apam balik yang juga jiran saya. Dia melambai - lambai ke arah saya. Sebenarnya saya amat berat untuk ke sana sebab saya tahu apa yang dia akan lakukan.Dia suka bersedekah dengan memberikan saya beberapa keping kuih apam balik. Malah suka bersedekah dgn jiran - jiran lain.

Dalam perjalanan pulang, saya berfikir seketika. Barulah saya tahu kenapa kKak Ati dan suaminya memiliki anak - anak yang berjaya hingga ke menara gading. Kesemua anak - anaknya pandai malahan kehidupannya lebih baik

KKedua, ada seorang ustazah suka sangat berzikir. Bila membuat kerja dia akan menulis sambil berzikir malahan ketika mengajar kanak- kanak OKU, dia akan membisikkan zikir dan selawat ke telinga murid - murid OKU. Dan ustazah ini memeiliki anak - anak yang kesemuanya berjaya dalam hidup dan mencapai tahap pendidikan di universiti.

Inilah hikmah kalau kita bersedekah dan berzikir. kalau kita yang tak dapat 'anugera' dariNYA tetapi anak - anak kita yang akan dapat malahan mmembuatkan hati si ibu akan berasa bersyukur dan gembira

Selasa, 20 April 2010

bonda tersayang..


Inilah wajah bonda tersayang yg byk mengajar aku bagaimana kendalikan hidup ketika suka dan duka...juga ketika kita sendirian tanpa insan tersayang disisi.. untuk sama2 kongsi saat2 manis, pahit, suka dan duka hadapi kerenah anak2. Lebih 29 tahun ibu tua ini bergelar JANDA..tak pernah sekali aku lihat tanda2 resah diwajah dia..walau bertahun2 kami hidup tak berapa senang sgt..Syukurlah..
Wajah inilah yg jadi sumber kekuatan dalam diri aku ..ketika aku menangis sendiri....ketika aku terluka..luka yg paling dalam..ketika tenang riak diwajah dia..senyum terukir dibibir dia..aku jadi lupa seketika luka yang ada..
Walau bagaimanapun sikap kami dia tetap maafkan...selalu berleter tapi..aku tahu suatu hari nanti kami akan rindu pada leteran tu...paling dia tak suka bila anak2 atau cucu2 melambat2kan waktu menunaikan solat...panjang khutbah dia...tulah dia...BONDAKU TERSAYANG

Isnin, 19 April 2010

Laman ibusayang: kenapa susah sayang mertua?????

Laman ibusayang: kenapa susah sayang mertua?????

kenapa susah sayang mertua?????


Mertua oh mertua....selalu sangat kita disuap dengan cerita2 tentang menantu dan mertua tak sebulu..biasanya menantu perempuan dengan mak mertualah banyak kita dengar..bergaduh,perang mulut,rebut kasih,pilih kasih macam2lah...pokoknya perkara macam tu tak sepatutnya berlaku,kalau kita dah kahwin dan nak hidup bahagia disisi anak dia..apalah salahnya kalau kongsi kasih dan masa dengan mereka..sebab hak mereka untuk sama2 rasa apa yang kita rasa..sebab kalau berlaku apa2 pada anak mereka..perasaan sedih mereka rasa juga, malah lebih hebat dari kita..ye la, dari dalam perut ibu tu dah rasa sakit dan resah menanti kelahiran..sampailah dewasa..tiba2 bila anak2 dah berumahtangga isteri jadi keutamaan..hati ibu/bapa mana tak runtuh???? Bagi seorang isteri, suami adalah keutamaan..jadi kalau seseorang isteri tu redha apabila suami mengutamakan kedua ibubapanya..INSYAALLAH...bahagia menyebelahi si isteri dunia dan akhirat..susah sangat ke memujuk hati terima dan sayangi mereka seadanya?? ...suatu hari nanti kita akan ditempat mereka juga...bagaimana perasaan kita kalau anak2 terutama anak lelaki selalu abaikan kita semata2 nak jaga hati isteri kesayangan..ingat!!! dunia berputar dan akan terus berputar..tak siapa boleh lari dari Qada' dan Qadar ALLAH...saaayang sangat kat mak..suami tercinta,mak mertua dan pak mertuaku...ingatan untuk diri sendiri dan teman2 yang sudi jengah blog...Salam..

Ahad, 21 Mac 2010

Impian..

Setiap insan ada impian..ada yg belum tercapai..ada yg hampir tercapai..yang tak seratus peratus tercapai pun ada..ada juga yg dah nak tercapai..tiba2 hancur di tengah jalan...dan yg paling menyenangkan adalah impian yang benar2 dah tercapai..byknya tercapai!!!!!..tapi tak pe la ...yg penting kita tahu apa tu impian ,dan biasanya manusia yg waras hanya akan impikan perkara yg elok...INSYAALLAH..mudah2an akan tercapailah apa jua impian yg baik bagi pembaca blog ini...

Bercerita pasal impian tercapai ni.. aku nak berkongsi cerita...
Beberapa tahun yg lalu, aku ada menyimpan impian untuk hantar BONDA tersayang ke TANAH SUCI..tapi adik aku dah sapu bersih tanggungjawab tu..UMRAH DAN HAJI dia yg support(tahun yg berlainan)..ALHAMDULILLAH!!!!..walaupun dia bukanla orang kaya..tapi mcm pepatah melayu ada sebut..."hendak seribu daya..tak ndak..beribulah dalihnya.."Dan yg paling penting IZIN ALLAH..kalau DIA tak izinkan byk manapun duit kita,tak sampai juga..Aku tumpang gembira tengok wajah mak waktu tu berseri2..cuma ada sikit terkilan sbb abg aku yg sulung tak dapat ikut..maklumla anak2 dia masih kecik waktu tu..apa2pun syukurlah...

Yang buat aku bertambah2 bersyukur ialah..bila satu lagi impian aku hampir tercapai..nak hantar PAK MERTUA pergi mengerjakan umrah..niatnya dgn mak mertua sekali..suami aku suruh pujuk mak, supaya pergi teman abah, tapi dia tak mahu..dia kata biarlah lepaskan abah dulu..nanti mak pergi dgn kak aisha,abg uda(aku ngan suami la tu)..INSYAALLAH..ada rezeki di izin ALLAH sampailah kami ke SANA..

Rezeki dari ALLAH,aku pergunakan untuk Abah tunaikan ibadah di tanah suci..sebenarnya aku pun tak sangka..dah lama simpan impian ni..tiba2 ALLAH tunjukkan jalan dan caranya..mudah2an ia membawa kebaikan pada seluruh keluarga kami..AAMIIIN!!!! Insyaallah abah akan berangkat ke TANAH SUCI pada 2hb April 2010 ni..dua minggu lagi..semalam adik ipar aku telefon..dia kata wajah abah berseri2..dia terharu..sbb abah nampak gembira sgt..aku pun terharu juga..sekarang ni pun aku tengah sebak...alamak nak nangisla pulak..

Okayla..doa aku semoga abah selamat pergi dan balik ke pangkuan kami..diterima ALLAH ibadah dan doa..diredhai ALLAH sentiasa...AAMIIN.....wassalam..