Halaman

Powered By Blogger

Ahad, 21 Mac 2010

Impian..

Setiap insan ada impian..ada yg belum tercapai..ada yg hampir tercapai..yang tak seratus peratus tercapai pun ada..ada juga yg dah nak tercapai..tiba2 hancur di tengah jalan...dan yg paling menyenangkan adalah impian yang benar2 dah tercapai..byknya tercapai!!!!!..tapi tak pe la ...yg penting kita tahu apa tu impian ,dan biasanya manusia yg waras hanya akan impikan perkara yg elok...INSYAALLAH..mudah2an akan tercapailah apa jua impian yg baik bagi pembaca blog ini...

Bercerita pasal impian tercapai ni.. aku nak berkongsi cerita...
Beberapa tahun yg lalu, aku ada menyimpan impian untuk hantar BONDA tersayang ke TANAH SUCI..tapi adik aku dah sapu bersih tanggungjawab tu..UMRAH DAN HAJI dia yg support(tahun yg berlainan)..ALHAMDULILLAH!!!!..walaupun dia bukanla orang kaya..tapi mcm pepatah melayu ada sebut..."hendak seribu daya..tak ndak..beribulah dalihnya.."Dan yg paling penting IZIN ALLAH..kalau DIA tak izinkan byk manapun duit kita,tak sampai juga..Aku tumpang gembira tengok wajah mak waktu tu berseri2..cuma ada sikit terkilan sbb abg aku yg sulung tak dapat ikut..maklumla anak2 dia masih kecik waktu tu..apa2pun syukurlah...

Yang buat aku bertambah2 bersyukur ialah..bila satu lagi impian aku hampir tercapai..nak hantar PAK MERTUA pergi mengerjakan umrah..niatnya dgn mak mertua sekali..suami aku suruh pujuk mak, supaya pergi teman abah, tapi dia tak mahu..dia kata biarlah lepaskan abah dulu..nanti mak pergi dgn kak aisha,abg uda(aku ngan suami la tu)..INSYAALLAH..ada rezeki di izin ALLAH sampailah kami ke SANA..

Rezeki dari ALLAH,aku pergunakan untuk Abah tunaikan ibadah di tanah suci..sebenarnya aku pun tak sangka..dah lama simpan impian ni..tiba2 ALLAH tunjukkan jalan dan caranya..mudah2an ia membawa kebaikan pada seluruh keluarga kami..AAMIIIN!!!! Insyaallah abah akan berangkat ke TANAH SUCI pada 2hb April 2010 ni..dua minggu lagi..semalam adik ipar aku telefon..dia kata wajah abah berseri2..dia terharu..sbb abah nampak gembira sgt..aku pun terharu juga..sekarang ni pun aku tengah sebak...alamak nak nangisla pulak..

Okayla..doa aku semoga abah selamat pergi dan balik ke pangkuan kami..diterima ALLAH ibadah dan doa..diredhai ALLAH sentiasa...AAMIIN.....wassalam..

Isnin, 8 Mac 2010

Salam semua...sambung balik cerita aku yg ari tu..ttg tanah yg tergadai akhirnya.

Lepas dpt tau kami kena saman gara2 tak "refund"kan deposit yg kami dah ambil dari pembeli..akupun siasat apa sebenarnya yg dah berlaku..

Dgn dorongan suami tercinta..aku mulakan operasi,rupa2nya abg aku (yg no. 3) dah buat pertukaran nama di Pejabat Tanah Daerah Johor Bahru..dan yg jadi masalah dan buat aku musykil ngan sistem pengurusan Pejabat Tanah ketika tu...macammana pegawai yg menjalankan tugas tu boleh meluluskan pertukaran nama tersebut sedangkan ketika tu kami terikat dlm perjanjian jual beli..

Jadi..disebabkan berlakunya pertukaran nama tersebut..yg tak diketahui langsung oleh penama2 (pemilik tanah)yg lain...pihak pembeli tak mahu teruskan urusan jual beli tersebut atas alasan kami dah langgar perjanjian jual beli(kontrak)..

kamipun diminta memulangkan deposit 10% beserta kos..yg sedihnya surat menyurat tak pernah sampai pd kami pun...tiba2 kami disaman sbb tak mahu pulangkan apa yg pembeli tuntut..lebih kurang RM 90,000 kami kena langsaikan kalau nak bersihkan semula nama kami..fuhhh!!! pengsan!!! ..Terima cuma RM 38,000..kena pulangkan 90,000 mana nak cekau duit byk tu....

Setelah berbagai ikhtiar yg aku cuba..turun naik mahkamah..akhirnya aku terima arahan dari mahkamah bahawa kami diarahkan untuk melangsaikan jumlah hanya RM 38,000 dlm masa 14 hari...fuhhh!!!!!..sekali lagi aku cam org gila nak kena cari duit byk tu...abg2 aku yg buat hal tu,, jgn ceritalah...sakitkan hati je..!!! Masing2 buat tak tau je...nyampah betul..!!! tapi dah abg, kan,, nak buat camana,,,,,?

sekali lagi aku tunggang langgang..cari pembeli baru,pinjam duit kat sedara mara, pujuk sepupu aku beli tanah tu,cuba pinjam kat baitulmal...pendek kata mcm2la aku dah cuba..pinjam bank pun tak lulus..ye la..namakan dah disenarai hitamkan...hmmmph!!!..byk lagi kisahnya, tapi tak pe la aku cuba pendekkan..

Akhirnya....pada 23hb dis 2009..mahkamah menetapkan pada tarikh 04hb feb 2010 yg lalu tanah tu diarahkan lelong supaya pemiliknya dapat menjelaskan hutang yg tertunggak...menitis airmata aku waktu Tuan Fairuz(mahkamah tinggi JOHOR) tetapkan tarikh tersebut..yg lebih menyedihkan harga lelongnya cuma RM 160,000(kat situ kami dah rugi RM220,000).

Keluar je dari mahkamah..aku terus telepon mak cik aku(antara org yg boleh dikatakan kaya kat simpang renggam)..aku pujuk dia supaya cuba beli tanah tu waktu lelong nanti.. sbb harganya terlalu murah..tapi dia tak berani sbb takut tak dapat beli dgn harga yg dia nak..dan dia pun tak boleh fikir apa keuntungan yg dia dapat kalau dia beli tanah tu dari kami...whateverlah...!!

Akupun dah mula putus asa..biarlah..dah bukan rezeki kami.Tapi jauh kat sudut hati..aku betul2 terkilan.....

Nak dijadikan cerita lagi..kalau tak silap hari tu hari minggu..suami aku bawa kami pergi makan mlm kat Mc Donald Masai..yg kat depan TESCO TU..tiba2 tengah syok mkn..aku terima panggilan dari Mr Tan...beria-ia di tanya aku pasal tanah tu...aku beritahu dia kalau berminat pergila lawan kat mahkamah..kalau menang belilah melalui lelongan tu...

Eeehhh!!! degil pulak org tua tu..tetap nk jumpa aku..nak bincang..akupun setuju..suami aku kata jgn layan..tapi aku nekad..manalah tau masih ada yg lebih baik utk kami..sekurang2nya lebih baik dari dilelong..

Esoknya aku jumpa Mr Tan..rupa2nya abg aku yg buat pertukaran nama tu yg minta dia jumpa aku utk berbincang...Mr Tan kata dia nak tolong aku..dia nak beli tanah tu dgn harga RM260,000..dgn duit byk tu dia kata aku boleh langsaikan hutang ngan pembeli lama..mula2 malas aku nak fikir..bukan senang nak uruskan semua tu..tapi bila kenangkan extra RM100,000 yg akan kami dapat..daripada dilelong..lebih baik aku terima tawaran dia...sekurang2nya aku dapat keluarkan keluarga aku dari risiko tak dapat apa2 apabila tanah tu terlelong dgn harga lebih rendah dari yg dijangka...

Setelah berbincang dgn penama yg ada dlm geran tu..termasuklah Pak Dolla yg ambil sebahagian dari tanah tu..kami setuju agar tanah tu di jual kepada MrTan....

Hutang kami pada pembeli lama..langsai..!!!! Alhamdulillah..!!!!

Hari ni waktu aku terbikan catatan ini..mungkin geran tanah tu dah sampai ke tangan peguam pihak pembeli......tapi kami masih menunggu baki bayaran yg dah jadi tak seberapa sbb dah diagihkan mengikut bahagian masing2..la ni pun abg2 aku dah sibuk tanya duit...hai!!!!..duit..duit...dua tiga hari duit sebanyak tu boleh habis,, tapi kalau kita ada tanah kat tempat yg strategi mcm tu kita boleh buat duit seumur hidup!!!!!..

Itulah kisah aku,abg2ku dan tanah yg sekangkang kera...walaupun tanah di LOT 122 KG LADANG ,TG KUPANG,GELANG PATAH..bukan lagi dimiliki oleh kami...sekurang2nya aku dah berjaya buat mak aku gembira sbb masalah tanah yg dah bertahun2 tu selesai sebelum dia menutup mata....

Semoga kisah aku ni dapat dijadikan tauladan....SALAM...

Jumaat, 5 Mac 2010

Akhirnya tanahku tergadai jua...

Bagai nak pecah hati ni bila memikirkan..satu2nya tanah pusaka yg kami warisi selama bertahun2 akhirnya terpaksa kami lepaskan disebabkan sempitnya fikiran kami waktu tu...lebih2 lagi bila diingat2kan betapa bertuahnya org yg memiliki hartanah tersebut..



Bayangkanlah...dulu Arwah Abah aku beli..tanah tu harganya cuma Rm5000 waktu tu dalam tahun 1970an. Mengikut perjanjian, Abah beli tanah tu dari Pak Abbas satu Ekar..tup-tup bila diorang dah jadi Arwah..anak2 dia tak nak serah kuasa pada kami ..nak buat mcm mana????.orang dulu2 buat urusan jual beli atas dasar percaya sesama sndiri..tak de perjanjian bertulis atau hitam putih,yg ada pun saudara mara jadi saksi..maklumlah kalau saksinya manusia biasa..dan lidah manusiakan tak bertulang..ari ni cakap lain,esok lusa dah jadi cerita lain pulak...hai!!!!!..entahlah..apa2pun kalau mmg itu hak kami anak2 yatim..ishk!...ishk!..ishk..(sedihlah pulak)..tak de maknanya aku nak halalkan..maaakanlah!!.. jadikan darah daging...



Dipendekkan cerita bila abg2 aku dpt amik kuasa kat tanah tu(setengah bahagian je)..tiba2 sekitar 1996 harga tanah kat kawasan tu melambung2 sampai ada juga orang kg aku tu yg terlambung tak ingat diri..maklumlah dah mula nmpk $$$$$ yg byk kat mata ..termasuklah abang2 kesayangan aku..(bukan semua ok..) cuba bayangkan kat kg aku tu dulu bank bumiputera kecik je kat deretan rumah kedai. Bila harga tanah naik...bank tu sampai buat bangunan sendiri ,walaupun tak tinggi manapun..tapi itukan perubahan yg amat ketara kan?...



Jadi lebih kurang dlm tahun tu juga abg2 akupun pasang angan2 nk jual tanah kami dgn harga Rm380,000..tak kirala apapun bangsa org tu..asalkan dia ada duit ..boleh beli..kami yg lain diminta oleh abg2 aku tu sain kontrak..waktu tu aku muda lagi..nak tak nak,terima atau tak keputusan abg2 adalah keputusan kami..lagipun mak aku dah tak boleh nak cakap apa2..sbb tiap2 hari abg2 aku tu datang rumah pujuk mak ..suruh pujuk kami sain.."mak tak nak ko adik beradik bergaduh kerana tanah sekangkang kera.."tu la ayat power mak aku yg buat kami cair...

Kami pun sainlah kontrak dgn pembeli yg bernama Sim Chai Koak melalui peguambela dan peguam cara Lim&Lam (sekarang Nora S.W Lam)..dan terima deposit 10% dari harga jualan (38,000) dan setelah diagih2kan mengikut bahagian yg aku tak berapa faham sgt..aku dan adik beradik perempuan yg lain menerima RM1000 tiap seorang..lepas tu akupun tunggula bayaran bakinya..tunggu punya tunggu...tak dapat2pun...sampailah satu hari adik aku nak buat loan kat bank(2001),tiba2 nama dia disenarai hitamkan..rupa2nya bukan dia je..aaakupun sama,pendek kata semua penama dalam geran tanah tu dah disenarai hitamkan...

Bila buat semakan..rupa2nya Sim Chai Koak dah bertahun2 saman kami adik beradik..kalau diingat2kan kelakarlah pulak..amik deposit RM 1000 bertahun2 nama disenarai hitam..tapi tak tau..ha!...ha!..ha!..lawak betul!!!

penatlah...nnti sambung lagilah....SALAM!!!!