Halaman

Powered By Blogger

Isnin, 8 Mac 2010

Salam semua...sambung balik cerita aku yg ari tu..ttg tanah yg tergadai akhirnya.

Lepas dpt tau kami kena saman gara2 tak "refund"kan deposit yg kami dah ambil dari pembeli..akupun siasat apa sebenarnya yg dah berlaku..

Dgn dorongan suami tercinta..aku mulakan operasi,rupa2nya abg aku (yg no. 3) dah buat pertukaran nama di Pejabat Tanah Daerah Johor Bahru..dan yg jadi masalah dan buat aku musykil ngan sistem pengurusan Pejabat Tanah ketika tu...macammana pegawai yg menjalankan tugas tu boleh meluluskan pertukaran nama tersebut sedangkan ketika tu kami terikat dlm perjanjian jual beli..

Jadi..disebabkan berlakunya pertukaran nama tersebut..yg tak diketahui langsung oleh penama2 (pemilik tanah)yg lain...pihak pembeli tak mahu teruskan urusan jual beli tersebut atas alasan kami dah langgar perjanjian jual beli(kontrak)..

kamipun diminta memulangkan deposit 10% beserta kos..yg sedihnya surat menyurat tak pernah sampai pd kami pun...tiba2 kami disaman sbb tak mahu pulangkan apa yg pembeli tuntut..lebih kurang RM 90,000 kami kena langsaikan kalau nak bersihkan semula nama kami..fuhhh!!! pengsan!!! ..Terima cuma RM 38,000..kena pulangkan 90,000 mana nak cekau duit byk tu....

Setelah berbagai ikhtiar yg aku cuba..turun naik mahkamah..akhirnya aku terima arahan dari mahkamah bahawa kami diarahkan untuk melangsaikan jumlah hanya RM 38,000 dlm masa 14 hari...fuhhh!!!!!..sekali lagi aku cam org gila nak kena cari duit byk tu...abg2 aku yg buat hal tu,, jgn ceritalah...sakitkan hati je..!!! Masing2 buat tak tau je...nyampah betul..!!! tapi dah abg, kan,, nak buat camana,,,,,?

sekali lagi aku tunggang langgang..cari pembeli baru,pinjam duit kat sedara mara, pujuk sepupu aku beli tanah tu,cuba pinjam kat baitulmal...pendek kata mcm2la aku dah cuba..pinjam bank pun tak lulus..ye la..namakan dah disenarai hitamkan...hmmmph!!!..byk lagi kisahnya, tapi tak pe la aku cuba pendekkan..

Akhirnya....pada 23hb dis 2009..mahkamah menetapkan pada tarikh 04hb feb 2010 yg lalu tanah tu diarahkan lelong supaya pemiliknya dapat menjelaskan hutang yg tertunggak...menitis airmata aku waktu Tuan Fairuz(mahkamah tinggi JOHOR) tetapkan tarikh tersebut..yg lebih menyedihkan harga lelongnya cuma RM 160,000(kat situ kami dah rugi RM220,000).

Keluar je dari mahkamah..aku terus telepon mak cik aku(antara org yg boleh dikatakan kaya kat simpang renggam)..aku pujuk dia supaya cuba beli tanah tu waktu lelong nanti.. sbb harganya terlalu murah..tapi dia tak berani sbb takut tak dapat beli dgn harga yg dia nak..dan dia pun tak boleh fikir apa keuntungan yg dia dapat kalau dia beli tanah tu dari kami...whateverlah...!!

Akupun dah mula putus asa..biarlah..dah bukan rezeki kami.Tapi jauh kat sudut hati..aku betul2 terkilan.....

Nak dijadikan cerita lagi..kalau tak silap hari tu hari minggu..suami aku bawa kami pergi makan mlm kat Mc Donald Masai..yg kat depan TESCO TU..tiba2 tengah syok mkn..aku terima panggilan dari Mr Tan...beria-ia di tanya aku pasal tanah tu...aku beritahu dia kalau berminat pergila lawan kat mahkamah..kalau menang belilah melalui lelongan tu...

Eeehhh!!! degil pulak org tua tu..tetap nk jumpa aku..nak bincang..akupun setuju..suami aku kata jgn layan..tapi aku nekad..manalah tau masih ada yg lebih baik utk kami..sekurang2nya lebih baik dari dilelong..

Esoknya aku jumpa Mr Tan..rupa2nya abg aku yg buat pertukaran nama tu yg minta dia jumpa aku utk berbincang...Mr Tan kata dia nak tolong aku..dia nak beli tanah tu dgn harga RM260,000..dgn duit byk tu dia kata aku boleh langsaikan hutang ngan pembeli lama..mula2 malas aku nak fikir..bukan senang nak uruskan semua tu..tapi bila kenangkan extra RM100,000 yg akan kami dapat..daripada dilelong..lebih baik aku terima tawaran dia...sekurang2nya aku dapat keluarkan keluarga aku dari risiko tak dapat apa2 apabila tanah tu terlelong dgn harga lebih rendah dari yg dijangka...

Setelah berbincang dgn penama yg ada dlm geran tu..termasuklah Pak Dolla yg ambil sebahagian dari tanah tu..kami setuju agar tanah tu di jual kepada MrTan....

Hutang kami pada pembeli lama..langsai..!!!! Alhamdulillah..!!!!

Hari ni waktu aku terbikan catatan ini..mungkin geran tanah tu dah sampai ke tangan peguam pihak pembeli......tapi kami masih menunggu baki bayaran yg dah jadi tak seberapa sbb dah diagihkan mengikut bahagian masing2..la ni pun abg2 aku dah sibuk tanya duit...hai!!!!..duit..duit...dua tiga hari duit sebanyak tu boleh habis,, tapi kalau kita ada tanah kat tempat yg strategi mcm tu kita boleh buat duit seumur hidup!!!!!..

Itulah kisah aku,abg2ku dan tanah yg sekangkang kera...walaupun tanah di LOT 122 KG LADANG ,TG KUPANG,GELANG PATAH..bukan lagi dimiliki oleh kami...sekurang2nya aku dah berjaya buat mak aku gembira sbb masalah tanah yg dah bertahun2 tu selesai sebelum dia menutup mata....

Semoga kisah aku ni dapat dijadikan tauladan....SALAM...