Halaman

Powered By Blogger

Rabu, 28 April 2010

Murahnya Rezeki Mereka

salam
sebenarnya saya baru lepas nasi kerabu. Sedap. Alhamdulilah, kenyang. sebenarnya nak bercerita mengenai yang berlaku di pasar malam tadi. saya berjalan - jalan mencuci mata, tiba - tiba ada seorang kakak memanggil saya

" Ida! Ida!" saya menoleh. Saya tersenyum memandang. Kak Ati, peniaga apam balik yang juga jiran saya. Dia melambai - lambai ke arah saya. Sebenarnya saya amat berat untuk ke sana sebab saya tahu apa yang dia akan lakukan.Dia suka bersedekah dengan memberikan saya beberapa keping kuih apam balik. Malah suka bersedekah dgn jiran - jiran lain.

Dalam perjalanan pulang, saya berfikir seketika. Barulah saya tahu kenapa kKak Ati dan suaminya memiliki anak - anak yang berjaya hingga ke menara gading. Kesemua anak - anaknya pandai malahan kehidupannya lebih baik

KKedua, ada seorang ustazah suka sangat berzikir. Bila membuat kerja dia akan menulis sambil berzikir malahan ketika mengajar kanak- kanak OKU, dia akan membisikkan zikir dan selawat ke telinga murid - murid OKU. Dan ustazah ini memeiliki anak - anak yang kesemuanya berjaya dalam hidup dan mencapai tahap pendidikan di universiti.

Inilah hikmah kalau kita bersedekah dan berzikir. kalau kita yang tak dapat 'anugera' dariNYA tetapi anak - anak kita yang akan dapat malahan mmembuatkan hati si ibu akan berasa bersyukur dan gembira