Halaman

Powered By Blogger

Jumaat, 5 Mac 2010

Akhirnya tanahku tergadai jua...

Bagai nak pecah hati ni bila memikirkan..satu2nya tanah pusaka yg kami warisi selama bertahun2 akhirnya terpaksa kami lepaskan disebabkan sempitnya fikiran kami waktu tu...lebih2 lagi bila diingat2kan betapa bertuahnya org yg memiliki hartanah tersebut..



Bayangkanlah...dulu Arwah Abah aku beli..tanah tu harganya cuma Rm5000 waktu tu dalam tahun 1970an. Mengikut perjanjian, Abah beli tanah tu dari Pak Abbas satu Ekar..tup-tup bila diorang dah jadi Arwah..anak2 dia tak nak serah kuasa pada kami ..nak buat mcm mana????.orang dulu2 buat urusan jual beli atas dasar percaya sesama sndiri..tak de perjanjian bertulis atau hitam putih,yg ada pun saudara mara jadi saksi..maklumlah kalau saksinya manusia biasa..dan lidah manusiakan tak bertulang..ari ni cakap lain,esok lusa dah jadi cerita lain pulak...hai!!!!!..entahlah..apa2pun kalau mmg itu hak kami anak2 yatim..ishk!...ishk!..ishk..(sedihlah pulak)..tak de maknanya aku nak halalkan..maaakanlah!!.. jadikan darah daging...



Dipendekkan cerita bila abg2 aku dpt amik kuasa kat tanah tu(setengah bahagian je)..tiba2 sekitar 1996 harga tanah kat kawasan tu melambung2 sampai ada juga orang kg aku tu yg terlambung tak ingat diri..maklumlah dah mula nmpk $$$$$ yg byk kat mata ..termasuklah abang2 kesayangan aku..(bukan semua ok..) cuba bayangkan kat kg aku tu dulu bank bumiputera kecik je kat deretan rumah kedai. Bila harga tanah naik...bank tu sampai buat bangunan sendiri ,walaupun tak tinggi manapun..tapi itukan perubahan yg amat ketara kan?...



Jadi lebih kurang dlm tahun tu juga abg2 akupun pasang angan2 nk jual tanah kami dgn harga Rm380,000..tak kirala apapun bangsa org tu..asalkan dia ada duit ..boleh beli..kami yg lain diminta oleh abg2 aku tu sain kontrak..waktu tu aku muda lagi..nak tak nak,terima atau tak keputusan abg2 adalah keputusan kami..lagipun mak aku dah tak boleh nak cakap apa2..sbb tiap2 hari abg2 aku tu datang rumah pujuk mak ..suruh pujuk kami sain.."mak tak nak ko adik beradik bergaduh kerana tanah sekangkang kera.."tu la ayat power mak aku yg buat kami cair...

Kami pun sainlah kontrak dgn pembeli yg bernama Sim Chai Koak melalui peguambela dan peguam cara Lim&Lam (sekarang Nora S.W Lam)..dan terima deposit 10% dari harga jualan (38,000) dan setelah diagih2kan mengikut bahagian yg aku tak berapa faham sgt..aku dan adik beradik perempuan yg lain menerima RM1000 tiap seorang..lepas tu akupun tunggula bayaran bakinya..tunggu punya tunggu...tak dapat2pun...sampailah satu hari adik aku nak buat loan kat bank(2001),tiba2 nama dia disenarai hitamkan..rupa2nya bukan dia je..aaakupun sama,pendek kata semua penama dalam geran tanah tu dah disenarai hitamkan...

Bila buat semakan..rupa2nya Sim Chai Koak dah bertahun2 saman kami adik beradik..kalau diingat2kan kelakarlah pulak..amik deposit RM 1000 bertahun2 nama disenarai hitam..tapi tak tau..ha!...ha!..ha!..lawak betul!!!

penatlah...nnti sambung lagilah....SALAM!!!!